Followers

Thursday, 6 October 2011

Peratus

Definisi

Satu pecahan yang mempunyai 100 sebagai penyebut. Nombor yang terhasil daripada pengiraan mencari peratus sesuatu kuantiti atau bilangan.
Contohnya :

37 / 100 = 37 %




Penggunaan peratus di dalam kehidupan seharian adalah seperti berikut:

Penggunaan peratus di dalam pengiraan undi. Peratus memainkan peranan penting kerana peratusan yang tertinggi akan di kira sebagai pemenang di dalam sesebuah pertandingan.

Penggunaan peratus di pusat membeli belah. Peratus digunakan untuk menunjukkan potongan harga yang ditawarkan di sesebuah pusat membeli belah

    

Penggunaan peratus di dalam stastistik. Peratus digunakan di dalam statistik seperti statistik kemalangan jalan raya, statistik mengenai kes - kes kecurian dan sebagainya. Peratus digunakan kerana ianya mudah untuk melihat sama ada berlaku penambahan atau pengurangan bagi sesuatu kes.



Penggunaan peratus di dalam pengiraan markah di sekolah. Pengiraan markah untuk menunjukkan prestasi murid tersebut di dalam subjek - subjek tertentu

Pautan

http://www.ixl.com/?gclid=COzZtLvZ1asCFUJ76wodoRyjQw
http://www.basic-mathematics.com/percents.html

Perpuluhan

Gabungan nombor bulat dengan nombor pecahan. Gabungan nombor ini dipisahkan oleh satu titik iaitu titik perpuluhan.

Contohnya:

1.48 ialah nombor perpuluhan  yang terdiri daripada 1. + 0.4 + 0.08
1 ialah nombor bulat 
.4 ialah nombor pecahan persepuluh ( 4 / 10 )
.008 ialah nombor pecahan perseratus (8 / 100 )


Penggunaan nombor perpuluhan di dalam kehidupan seharian 

Nombor perpuluhan digunakan di dalam frekuensi radio.



Nombor perpuluhan juga digunakan untuk menyukat isi padu air, suhu dan jarak.

    


Nombor perpuluhan digunakan dalam urusan mata wang



Nombor perpuluhan digunakan di dalam bil elektrik dan air




Pautan

http://www.basic-mathematics.com/understanding-decimals.html
http://www.ixl.com/math/grade-3


Pecahan

Definisi


Pecahan bermaksud sebahagian daripada satu benda.

Contohnya seperti gambar kek di sebelah..
kek ini telah dipotong di dalam 4 bahagian yang sama. Jadi setiap potongan kek tersebut mewakili pecahan 1/4.






Aplikasi pecahan di dalam kehidupan seharian


Pecahan digunakan di dalam proses pengiraan markah di sekolah.


Pecahan juga digunakan di dalam proses pembuatan kek iaitu:
1/2 daripada 1kg tepung
1/4 mentega dan lain - lain lagi.....


Pecahan digunakan bagi menunjukkan diskaun yang ditawarkan di sesebuah kedai dan shopping - shopping complex.
contohnya tag potongan harga iaitu 3/4 dari harga sebenar.


Pautan 


http://www.basic-mathematics.com/fractions.html

http://www.ixl.com/math/grade-5